Contoh surat aduan ringkas kebocoran paip bawah tanah
111-666 Ground
Floor,
Sungai Plan Flat,
Tanjung Kidurong,
97000 Bintulu,
Sarawak.
Bintulu/Samalaju Area Office
LAKU Management Sdn Bhd
Lot 5012, Persiaran Belimbing 2,
LAKU Management Sdn Bhd
Lot 5012, Persiaran Belimbing 2,
Jalan Sultan Iskandar,
97000 Bintulu. 4 Mei 2017
Tuan,
Aduan Kebocoran Paip Di Bawah Tanah Yang
Memerlukan Penyelengaraan Segera
Dengan segala hormatnya saya Julian Schacter Penghuni
rumah Flat Sg Plan Yg beralamat di Block i belakang surau An-Nur yang prihatin
akan kebocoran besar paip bawah tanah yang telah lama berlaku di belakang rumah
saya.
2. Usaha menelefon pihak syarikat Laku banyak kali dilakukan
tetapi mengecewakan kerana setiap perbualan diputuskan tidak diambil peduli
oleh pihak tuan dan tidak memberi tindakbalas.
3. Tujuan Aduan ini ditulis adalah kerana sikap prihatin dan
takut disebabkan kebocoran paip itu telah berlaku tanah mendap kebawah dan
berlakunya lubang besar yang mungkin membawa kecelakaan kepada penduduk dan
risau akan berlakunya tanah lembab dan terhakis memberi kesan buruk kepada
rumah flat. Bukan itu sahaja malahan berlakunya banyak pembaziran air bersih
setiap hari dan bertakung juga boleh menyebabkan pembiakkan nyamuk di kawasan
perumahan.
4. Dengan hal sedemikian ini saya sertakan gambar kebocoran
yang diambil pada 11 januari 2017 untuk rujukan pihak tuan akan aduan saya ini.
Saya berharap agar tuan tidak menghampakan aduan saya dan saya
sebagai wakil untuk penduduk Flat block i Sg Plan Flat, Saya berharap agar tuan
dapat membantu saya dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan sekian.
Yang benar,
____________________
(JULIAN SCHACTER )
Pengadu
Kebocoran Paip
Comments
Post a Comment